|
Sempena dengan Dasar Automatif Nasional, Kementerian Kewangan
dengan ini memaklumkan perubahan struktur cukai kenderaan
seperti berikut:
| (a) |
Kadar duti
import ASEAN CEPT dikurangkan |
| |
Kadar duti import ASEAN CEPT
ke atas kenderaan siap pasang (CBU) dikurangkan kepada
5%. Dengan ini, Malaysia memenuhi komitmennya untuk mengurangkan
duti import ASEAN CEPT sebelum 1 Januari 2008. |
| |
|
| (b) |
Kadar duti
Eksais dikurangkan |
| |
Struktur kadar
duti eksais telah diselaraskan dan perubahan utama yang
dilaksanakan adalah: |
| |
i. |
Kadar duti eksais
ke atas kebanyakan kategori kenderaan telah dikurangkan, |
| |
ii. |
perbezaan kadar duti eksais
di antara kenderaan dengan enjin berkapasiti rendah dan
kenderaan dengan enjin berkapasiti tinggi, telah dikurangkan,
dan |
| |
iii. |
perbezaan kadar duti eksais
di antara kategori kenderaan iaitu kereta, MPV dan 4WD
telah dikurangkan. |
| |
|
| (c) |
Penilaian
kastam bagi kenderaan siap pasang (CBU) |
| |
Sebagai satu
lagi langkah bagi mengatasi isu pengikraran rendah, satu
kajian berhubung dengan nilai kenderaan telah dijalankan.
Berdasarkan kepada kajian yang dilakuan, Kerajaan telah
memutuskan untuk menetapkan nilai bagi kenderaan siap
pasang (CBU) baru untuk tujuan pembayaran duti import
dan eksais. Nilai CIF yang ditetapkan telah diwartakan
dan akan berkuat kuasa pada 23 Mac 2006. |
Struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor dilampirkan sebagai
Lampiran I. Struktur cukai baru akan berkuat kuasa mulai 23
Mar 2006.
Kementerian Kewangan
Putrajaya.
22 Mac 2006
|